Free Responsive Mobile Website Templates

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Portfolio

This is what we've been wroking on

Dunia Orang Besar


JIKA selama ini orang berbadan langsing dan tinggi sering dijadikan model pakaian, lain pula halnya dengan jenama Republic Of Big (ROB) yang menampilkan orang berbadan besar sebagai duta iaitu Angah, Abam Bocey dan Vicha Saywho.

Bercerita tentang jenama ROP, ia tercetus hasil daripada cakap-cakap kosong antara Angah Raja Lawak dan rakan kongsinya, pengarah filem Ismail Bob Hashim serta Saharudin Jamal (Pit).

Menurut Angah, setiap kali penggambaran dia sering menghadapi masalah untuk mendapatkan saiz pakaian besar. Dari situlah dia berangan kalau mempunyai butik pakaian sendiri alangkah bagus.

“Orang macam saya ni memang sukar untuk mendapatkan pakaian bersaiz besar. Kalau ada pun tidak banyak pilihan. Tambahan pula saya perlu pakaian yang banyak untuk pelbagai penggambaran dan masalah itu membebankan fikiran dan saya sering merungut pada Bob.

“Dari situlah timbul angan-angan kosong kami untuk menerokai perniagaan pakaian dan membuka butik serta kilang sendiri. Tak sangka dari angan-angan Mat Jenin, akhirnya menjadi kenyataan," ceritanya selaku Pengarah Urusan ROB sewaktu ditemui pada majlis pelancaran jenama ROB di Saloma Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini.

Bagaimanapun perjalanan Angah dan Bob untuk menghasilkan jenama ROB bukan seperti memetik jari kerana sebelum berjaya menghasilkan 45 rekaan eksklusif untuk fasa pertama, kedua-dua mereka pernah ditipu.
“Ini dunia baharu buat kami dan sebab itulah kami menjadi mangsa penipuan seperti diperkenalkan dengan fabrik yang tidak berkualiti dan sebagainya. Biarpun pernah kena tipu ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus melaksanakan impian.

“Alhamdulillah, atas semangat berkobar-kobar untuk menghasilkan jenama sendiri, kini usaha kami tercapai dan sudah empat bulan jenama ROB berada di pasaran. Kalau anda tengok semua reka bentuk pakaian adalah hasil idea kreatif pereka fesyen Illi Nabilah Haris dan Zulhusmi Suahimi," jelas Angah.

Tambahnya, segala fabrik dan material untuk jenama ROB diperoleh di luar negara bagi memastikan kualitinya terpelihara. Malah rekaan kemeja T ROB juga diinspirasikan daripada jenama Polo dan Hackett.
“Kami memilih untuk mendapatkan fabrik di Bandung dan Ho Chin Minh kerana di situ dunia fabrik. ROB bukan sekadar pakaian untuk orang bersaiz besar sahaja, malah untuk orang bersaiz kecil pun ada," katanya.
Bagi memastikan kualiti jenama ROB terpelihara, menurut Angah, bermula daripada memilih fabrik sampailah kepada kerja-kerja di kilang, dia dan Bob akan turut serta.

Sementara itu, Bob yang merupakan Pengarah Eksekutif ROB berkata, matlamat utama penghasilan jenama itu adalah untuk membuka empayar perniagaan pakaian yang besar selain berfikiran besar.
“Kami berharap jenama pakaian ROB menjadi penyelesaian bagi mereka yang berbadan besar seperti kami ini. Sebenarnya keputusan menubuhkan ROB memang agak drastik tapi impian tidak akan terlaksana tanpa usaha.

“Selain memiliki kilang, kami juga sudah memiliki kedai sendiri yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang baharu beroperasi sejak seminggu lalu," jelas Bob.

Katanya, Johor Bahru dipilih sebagai lokasi pertama kerana di situ selain pesat membangun, pelanggan juga termasuk dari Singapura yang sering berkunjung ke sana.

“Jika diberi limpahan rezeki, kami mengimpikan membuka butik ROB di seluruh negara dan mungkin selepas Johor Bahru, lokasi kedua adalah di Lembah Kelang," katanya.

Jenama ROB juga akan dijual di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia dan secara online. Manakala harga untuk pakaian tersebut bermula serendah RM49.90 hingga RM159.90 bagi setiap jenis pakaian.

“Istimewanya pakaian ROB ini kami menyediakan carta ukuran dalam online. Pelanggan hanya perlu tahu ukuran dan rujuk pada carta yang disediakan untuk mengetahui saiz mereka. Untuk menempah bolehlah melayari www.rob.com.my," tambah Bob.

Sementara itu Vicha Saywho yang merupakan salah seorang duta ROB berkata, selain kemeja T, jenama ROB juga akan menampilkan rekaan gaun, aksesori dan segala kelengkapan wanita.

“Sewaktu dipanggil Angah untuk menjadi duta ROB, saya cukup gembira sekali kerana saya tahu perniagaan ini dapat membantu mereka yang sukar untuk mendapat saiz pakaian.

“Siapa kata orang bersaiz besar tidak boleh bergaya. Boleh sahaja kerana jenama ini bukan sekadar untuk bergaya malah untuk memastikan si pemakai berkeyakinan diri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140724/hi_02/Dunia-orang-besar#ixzz38yZLPPsM

0 komentar :

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.

Contact

we would really love to hear from you

Contactinfo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt.

quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum

Lorem ipsum dolor 123

1000 Lorem ipsum