Angah Raja Lawak dan pengarah filem popular Ismail Bob Hashim serta rakan mereka Saharudin Jamal telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan fesyen apabila mewujudkan jenama fesyen pakaian mereka sendiri iaitu Republic Of Big (ROB).
Menurut pelawak popular ini, idea untuknya mewujud jenama pakaiannya sendiri tercetus apabila dia kerap menghadapi masalah mencari pakaian yang sesuai dengan saiz badannya.
"Idea ini sebenarnya sudah kami fikirkan kira-kira 4 ke 5 tahun dulu. Sukar buat saya mendapatkan pakaian bersaiz besar. kalau adapun, tidak banyak pilihan. Saya selalu terbabit dalam macam-macam penggambaran tapi masalah yang sering membebankan fikiran adalah soal pakaian. Saya sering merungut pada Bob.
"Dulu kami sampaikan pergi Bandung dan Vietnam semata-mata nak mencari pakaian di sana kerana saiz besar 2XL ke atas sukar diperolehi di sini. Dari situlah timbul angan-angan kosong kami nak menerokai perniagaan pakaian dan mahu membuka butik serta kilang sendiri. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Tambah Angah lagi, ROB bukan sahaja menjual pakaian bersaiz besar sahaja, tetapi ia juga terdapat dalam saiz kecil juga.
Mempertaruhkan modal hampir RM1 juta, ROB kini sudah mempunyai butik sendiri di Johor Bahru dan kilangnya sendiri di Botongtanjung, Bandung Indonesia.
Kepada sesiapa yang ingin membeli pakaian ROB, boleh juga dibeli melalui 'online' diwww.rob.com.my dengan harga yang berpatutan bermula dari RM49.90 sehingga RM159.90.
Info : https://my.entertainment.yahoo.com/news/angah-raja-lawak-cebur-perniagaan-fesyen-035519710.html

0 komentar :
Posting Komentar